Thursday, January 21, 2010

mimpi itu..

mimpi ni sll nya ada makna ke ek..orang kata mimpi ni kontra kan..cth nye kalau kita mimpi orang meninggal maknanye orang tu panjang umur..

iyer..malam tadi wni mimpi en. adam meninggal..Allah je yang tau apa perasaan wni masa tu..

wni bole tebayang2 lagi mimpi tu..;(

masa mayat ada dalam umah, wni takde la rasa sedih sngt..kononnya cam redha la kan kalau ni dah ketentuan dari-Nya..pastu masa semua orang dah gi kubur..tinggal wni sorang je kat umah tau masa tu..rasa cam sunyi sangat..mana pegi semua orang kan..

siap nangis lagi dalam mimpi tu..hemmmm..nasib baik en. adam tak sedar masa wni nangis tu..

pastu masa nak pegi kejer, nak buat apa semua dok teringat en. adam..sll nye en. adam yang buat tu, buat ni..sekarang dah tinggal sorang2, semua kena buat sendiri kan..

bole plak dalam mimpi tu konon2 nya aqif dah sekolah..sll nya en. adam yang ambik aqif balik sekolah, pastu wni plak kena gi amek aqif..bole plak wni tak tau aqif sll tunggu en. adam kat mana..puas la pusing kawasan sekolah..

skali nampak aqif elok je tgh duduk dalam kelas, diam jerrr..wni terus meraung panggil dia..rupanye aqif pun tgh nangis tanya mana ayah dia..;(

note : wni citer kt en. adam pagi tadi..en. adam kata maknanye dia panjang umur la tu..

insyaallah..semoga en. adam panjang umur & dimurahkan rezeki..amin.


Wednesday, January 20, 2010

Mendisiplinkan anak..;p

Anak kecil anda pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar.

Anak-anak pada usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit. Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu pencapaian mereka setiap hari.

Kadang-kadang, ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda. Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan tersebut sejak dari kecil.

Di bawah ini adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan yang betul: -

Anda hendaklah Konsisten

Konsisten adalah syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.

Jangan lupa bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda sendiri berselerak.

Hapuskan Tarikan Negatif

Anda sudah tahu yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada, percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang terbuka serta bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan.

Alihkan Tumpuan

Jika anak kecil anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau barangan lain.

Adalah amat penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini, anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain dibolehkan jika dia marah.

Tunjukkan Kasih Sayang

Yang paling penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan sesuatu yang anda tidak suka.
Biarkan anak-anak sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku. Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu ini.




copy dari sini



Tuesday, January 19, 2010

Panduan Hukum Anak

kadang2 kita pun tak pasti betul atau tak cara kita menghukum anak kita tu kan..

'menghukum' anak bukan la bemaksud kita tak sayang kan anak kan..sebab sayang la kita harus hukum..untuk kebaikan jugak..jadi kita kena pikir yang positif okehh..

beberapa panduan untuk kebaikan anak2 kita semua...

Memberi hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara biasa. Masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupan manusia .Tempoh ini adalah tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa sama ada dia akan menjadi manusia berguna atau sebaliknya. Pelbagai cara dalam proses mendidik antaranya memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika tidak berjaya dilakukan,cara memberi hukuman boleh diterapkan. Menghukum anak bukan dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh dijalankan dengan pelbagai cara. Adakalanya memberi hukuman dengan cara memukul tidak berkesan malah menimbulkan impak negatif.

Terdapat beberapa cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa.

1. Pandangan mata yang sinis
-Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan membuatkan anak terdiam.

2. Keluarkan suara daripada tenggorok ( mendengus ) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang dilakukannya.

3. Puji orang lain di hadapan anak dengan memberikan rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Tunjukkan seolah-olah tidak peduli pada anak. Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anak menyedari kesilapannya.

5. Haruslah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan kerana ibu bapa berperanan sebagai pendidik.

6. Tidak memberi ganjaran wang, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya.

7. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah SAW.

8. Memukul.
-Merupakan alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk mendidik dan menghukum. Memukul anak dapat dilakukan jika cara yang lain tidak berfungsi dan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Bahkan ank-anak tidak menyedari kesalahannya dan merasakan apa yang dilakukan adalah betul.

Beberapa panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak :

· Rasa selamat. Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental. Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat, tegur dan beri penjelasan.

· Rasa dihargai. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginan untuk dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

· Rasa penting. Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih saying menyebabkan anak dikongkong. Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasa dirinya penting.

· Jadikan waktu membesar menceriakan. Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria. Rumah tempat memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

· Hadiahkan mereka nilai murni. Menjadi lumrah kanak-kanak meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya.

Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.



copy dari sini

Monday, January 18, 2010

Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna..

Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni kan..jadi sama2 la kita saling ingat mengingati..

ada beberapa tips yg dapat kita share utk jadi ibu bapa yang sempurna..insyaallah..;p



Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawal lah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik.

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak.

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.

16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.

18. Jangan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa.
- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -

copy dari sini




Thursday, January 14, 2010

rumah ku syurga ku~

tak sabar2 sebenarnya nak pindah umah sendiri..ahak~ habisla kena kutuk en.adam japgi..haha

gambar umah kasi tngk sikit2 sudah..nk tngk sepenuhnya tunggu kitorang pindah la yek..;)

ntah bila la agaknya akan jadi kenyataan..teringin sngt nak privacy, dah 3 thn kawin, baru la mampu nak dok umah sendiri..umah biasa2 je..ikut kemampuan, bukan ikut orang..ahak~

biar la apa orang nak kata janji itu rumah kita sendiri..kecik ke besar ke..janji rumah ku syurga ku..chewahhh..

sekarang ni pun ari kejer dok umah wni sbb mak wni jaga aqif..pasni kena dukung la aqif pagi2 antar gi umah opah nye..takper, itu namanya berdikari..ampai bila nak harap mak bapak je kan..belajar la hidup sendiri plak..

kalau dok umah sendiri, malam bole la mak abah wni rehat kan sbb sekarang ni kalau nak tido pun aqif nak opah dia dulu..dah la manja lebih sbb kalau kat umah wni, mak ngan abah wni mmg layan kehendak aqif, walaupun mak wni garang..iyer, ngan cucu pun mak wni garang bukan ngan anak je tau..tapi ada aqif kisah sbb dia tau w/pun opah dia marah, pastu mesti opah dia ikut jugak kehendak dia kan..haisshhh aqif, aqif..;p

weekend plak skarang dok berulang gi umah PIL, sbb aqif kan sorang je cucu buat masa ni..ecehhh, so PIL tgh nak manja2 ngan aqif..tu yang naik lemak tu bila balik sana..kita cakap pun dah tak nak dngr dah..kalau lagi lama nnti jadi lemak tepu lagi susah kan..nnti sampai tak bole tegur plak..

so ada kebaikan nya dok umah sendiri ni, at least kitorang bole la jaga aqif ngan cara kitorang..tak de dia manja sngt..manja, manja la jugak kan..tapi biar betempat..kalau tak betul kita bole tegur..biar dia tau kita marah sebab dia buat salah bukan sbb tak sayang..saper tak syg anak kan..kami sayanggggg sngt kat aqif tau..

en. adam pun tgh sibuk survey2 perabot..wni ikut je pilihan en. adam..wni tak kisah..tngkkkk betapa baik nye wife en. adam ni..aha~

segala barang dipilih oleh en. adam..pening kepala en. adam memilih..nasib baik wife nye tak bnyk songeh kan..hihi puji diri sendiri nmpk padahal malas nak pikir sbb wni jenis tak cerewet sngt..tapi bagi pendapat jugak la kan, yang ok ke tak..kang tak best plak en. adam nak pilih perabot, cam en. adam sorang je plak yang nak pindah..rumah tu kan umah kami besama..huisshhh tak sabar nye..;)

jangka dalam thn ni jugak la kitorang pindah..insyaallah..doa2 kan yang terbaik utk kami sekeluarga eh..

jgn lupe doakan moga segala urusan nak pindah umah ni dipermudahkan..amin..~


note : loan dah approve..tinggal ada beberapa urusan je lagi nak kena settle kan..


Friday, January 8, 2010

rindu..;(

tgh rindu sngt ngan budak noty nih..nak buat kejer pun dok teringat kat dia..

pagi tadi nak gi kejer nangis nak ikut..en.adam tanya sbb tu ker teringat kat aqif..wni rasa tak la jugak sebab sebelum2 ni pun ada jugak dia nangis..

tapi wni rasa cam nak nangis plak rindu sngt kat aqif..td baru call, mak cakap aqif tgh tido sbb td bangun awal kan..cian aqif~


mlm td en. adam tido awal sbb makan ubat selsema n batuk..so wni soh la en. adam tido dlm bilik..

sll nye aqif mesti main2 dl ngan en. adam sblm tido..mlm tadi sbb takde nak main ngan saper, baik punye dia lanyak wni mlm tadi..sekali tekena siku yang tajam kat pinggang wni..

secara tak sengaja wni marah dia, menangis teresak, pastu tak nak tido ngan wni..merajuk la kan, nak wni pujuk..wni buat tak tau je, pastu buat2 tido..

sekali dia datang kan wni kan..pegang2 tangan..pastu panggil "umi, umi..nak tido ngan umi"..

alahai, terus kalah tau, wni peluk la dia, baru la dok diam tngk tv..ampai la tetido sendiri..

agaknye sebab tu kot dok teringat kat aqif..tapi ntah la sll pun kena marah jugak tapi tak penah plak rasa camni..

note : aqif, umi mintak maaf eh, kalau dah tekuat suara kat aqif mlm td..umi sayang aqif tau..kalau umi atau ayah marah aqif tak bemakna umi ayah tak sayang aqif tau..kami marah sbb nak aqif tau apa yang aqif buat tu salah..umi nak aqif jadi orang yang berguna..umi takut kalau aqif terlampau manja sngt nnti umi ayah sampai tak bole tegur aqif plak nnti..masa tu nak menyesal dah tak guna dah..umi ayah nak corak aqif dengan cara kami..bagi umi ayah peluang ye sayang..;p luv u~

updated : aqif soh mak wni call, nak cakap ngan umi katanya..alahai, aqif pun bole rasa yang umi dia tgh rindu agaknye kan..tak sabar nak balik nih..;)


Monday, January 4, 2010

sweet memories..~

haha..~ nak tegelak plak tngk gambar sendiri masa darjah 2 dulu..

member wni tag kat fb..dan ari ni kitorang dah buat jejak kasih dengan 2-3 orang member lain..

yang bagus nye bukan main kuat lagi memori dorang..ingat lagi okehhh citer dulu2..ahak~

kan best kalau dapat buat reunion ngan kawan sekolah rendah..bayangkan..muka yang comot2 dl, sekali jumpa dah dukung anak..hihi..


note : kalau terel cari la yang mana satu wni..ahak~

1st entry 2010

salam 2010..ewahhh..entry pertama utk 2010..harap2 ada semangat baru nak update blog sll..aha~

malam new year dapat tngk bunga api kat tepi highway duke sbb otw nak alek kmpg kan masa tu..kebetulan dah dekat kul 12..so en. adam pun berenti kejap nak tngk bunga api..

punya la ramai orang..tak kuasa la nak amek gambar sbb tempat en. adam parking tu tehalang ngan pokok..tempat lain dah ramai orang plak..wni pun tak kuasa la nak turun keter..hehe..

tak sempat bunga api abis, kitorang dah blah..tak feel plak tngk jauh2 kan..ampai kmpg dlm kul 2 lebih..terus zzzz..aqif naik ngan PIL..sampai2 ingat kan dia tido..rupanyer tak okehh..dia bejaga ampai kul 6 pagi..pastu baru tido..huhu~

balik kl ari sabtu..mlm tu ramai plak lepak umah mak..abg n kakak wni balik..alahai..riuh rendah kejap..;p

ari ahad en. adam ajak gi mkn kat mid valley..sbb puas agaknya dia tngk anak bini dia tido seharian sbb tak tau nak buat aper..

thanx en. adam sbb memahami..tidoq tak ingat dunia ampai mlm td tak bole tido okeh...

en. adam blanja mkn kenny rogers..nyum..nyum..

aqif yang semenjak 2 menjak dok bekepit ngan ayah nya jek..

en. adam punyer..

wni punyer..;p

cian en. adam..kena layan aqif..nak buat camner dah nak manja ngan ayah dia jek..


sebelum balik..jalan2 jap..nasib baik aqif nak dok dalam buggy tu..tak tau la sampai bila..harap2 lama la dia nak dok situ..
pastu rushing balik sbb wni nak kena basuh kain plak..esok nak kejer..;p