Wednesday, March 31, 2010

i-City @ shah alam..

cantik bukan?? hahaha..

beria2 la ptg semalam en. adam ajak gi i-City ni..wni takde la excited sngt masa sbb tak tau kan tempat apa la tu kan..

en. adam tau pun, member opis dia yang bagi tau..;)

so, malam tadi pegi la, sekali kat federal highway hujan plak..adoiyai..camne nak tngk lampu kan..en. adam cakap takpe, kalau tak bole turun, kita round2 je dulu, lain kali datang lagi..ai okeh jer..huhu

sekali sampai kat sana..hoho..wni yang terlebih excited..huhu..

CANTIKKKKK sngt uolss..rasa cam kat luar negara plak..verangan kejap..hik~

bole tahan jugak ramai orang mlm tadi..tapi bole la ambik2 gambar..kalau weekend tak tau la..ramai kot..

pokok limau..;)

suka sangat ngan pokok nih..mintak tolong orang ambik kan gambar..tapi sayang, gambar ni goyang plak..;(


excited lebih ni..rasa cam setiap sudut nak ambik gambar..ahak~





ni bahagian dalam kedai..macam real jer snow tu kan..sejuk jugak dalam tu..;)


tempat tu takde la besar sangat, tapi bnyk lagi kedai tak bukak, kalau bukak semua nnti, mesti lagi happening uolss..;p


Friday, March 26, 2010

rindu moyang kot..~

aqif tiba2 demam petang semalam..panas sngt..risau jugak tngk, sampai tak larat nak bangun..

wni balik kejer semalam, terus melekat kat wni..nak mandi pun dah macam citer p.ramlee, cuti2 muka jer..tak sanggup dengar anak tejerit2 panggil..

dah siap mandi, nak pakai baju plak satu hal, dah macam anak kangaroo dah, melekat je..hehe..

pujuk punya pujuk, sampai telelap sekejap..dah tak larat sngt agak nya..sibuk ngadu sakit tangan..wni rasa dia lenguh kot, sbb tido meniarap, so tangan terhimpit..cian aqif..;(

pas tesedar dari tido smalam, sibuk dok tanya mana onyang (moyang), pastu otw nak gi umah PIL pun, cakap nak gi umah onyang..agaknya onyang dia pun tgh rindu kat aqif kot..

ingatkan nak lari balik kampung jap, kasi jumpa lepas rindu dendam monyang & cicit ni, tapi minggu ni cam rushing sngt plak nak balik..bnyk hal nak kena settle kan..

insyaallah, kalau ada masa terluang nnti, kita alek jumpa onyang ye sayang..;)

updated : alhamdulillah, pagi ni aqif dah tak demam..melompat2 cam biasa..cian en. adam tak tido lagi sbb jaga aqif..;) kebetulan plak en. adam mmg ambik 1/2 day ari ni, tu yang volunteer nak jaga aqif tu..tq en. adam..nnti umi blanja mamam ek..;p

Wednesday, March 24, 2010

award dari kak @e_da

holaa..


huhu..first time ni dapat award n tag camni..tq kak @e_da


dah la 1st time..pastu dapat AWARDS BEAUTIFUL BLOGGER plak tu..auuwww..**kenyit mata sikit..


Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person
that gave you the award.

..done..

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic.

1. Kak Shu (Mama Ammar & Aqila)

2. Anna Sue'G (Mama Aidan)

3. Kak Farah ( Mama Afif)

4. Fyza (Mama Balqis)

5. Hunnee Bunnee (Mama Dani)

6. Pablo Honey

7. Lisa (Mummy Tasya)

8. CPM

9. Viruspadu

10. Kathy

11. Azryn (Mama Ryan)

12. E-Car (Ibu Eiymann's)

13.Sepet

14. Qis (Mama Darwishes)

15. Mama Shaqeer


3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
..okeh, sy dah bagi tau..


4. State 7 things about yourself.

1. suka window shopping

2. suka kumpul kasut

3. kalau tak kenal, org kata sy sombong, kalau dah kenal, confirm tak larat nak layan wni ckp ;)

4. cepat marah

5. suka terus terang (tak best la pendam2 ni)

6. senang bawak berbincang

7. boros..;p

Tuesday, March 23, 2010

..t-shirt for sale..(baby & toddler)

sticky mode tau..entry baru kat bawah k..

uolss..wni ada jual t-shirt & singlet untuk budak umur antara 6 bulan - 10 tahun (tu pun tngk saiz badan macam mana k)

ni sample2 gambar..kalau berminat bole bagi detail warna, cartoon & saiz..


antara detail lain :-

T-SHIRT : -
saiz 3S(6bln-1thn) (RM15)
saiz 2S(1-2 thn) (RM16)
saiz S (3-4 thn) (RM17)
saiz M (5-6thn) (RM18)
saiz L (7thn) (RM19)
saiz XL(8thn ke atas) (RM22)

SINGLET : -
saiz 2S (1thn-2thn) (RM15)
saiz S (3thn-4thn) (RM16)
saiz M (5thn-6thn) (RM17)
saiz L (7thn) (RM18)

..saper berminat bole order dl k.

email ke : shushi_kelisi@yahoo.com

material : kain 100% cotton & printing timbul..jamin puas hati



Monday, March 22, 2010

..wedding hafidz..

holaaa..

ari sabtu malam dapat jemputan kawin merangkap reuinion en.adam ngan kawan2 sekolah..kawan2 yang dah kenal sejak dari sekolah rendah lagi..;)

best kan dapat jumpa kawan2 lama balik..dah lain dah semua..sampai tak cam tau..hehe

cantik sangat deco sebelum masuk kat dewan tu tau..wedding ni buat kat KGPA..jangan ditanya KGPA tu kat mana..haha..kitorang pun konvoi ikut bontot kereta orang..;)

ala-ala garden wedding gitu..huuuu i like..;D

pengantin, en.adam ngan kawan2 dia..;) kan best kalau wni pun dapat berkumpul balik ngan kawan wni camni..

kami semeja..hehe..dorang sume sama class time sekolah menengah..wni sorang je class lain..tapi takpe..kuredah jua..hihi..;p

2 family..aqif tak ikut malam tu sbb ikut PIL g putrajaya tngk belon panas..

sebelum balik..harus la bergambar dl..pastu lepak hartamas..tapi gambar takde..time orang sibuk2 nak bergambar ngan pengantin, bole plak batt camera low..haha..gambar2 ni pun belas ehsan orang..;)


2 kejadian ~ sakit hati hakoo..

kejadian 1..

malam tadi masa makan kat luar..biasa la kan kalau dah namanya budak..mesti la bising2 sikit..
aqif kan tak reti dok diam, ada la couple sebelah kitorang berumur la jugak, awal 30-an camtu tgh sibuk godek laptop-kecik-dia-yang-canggih tu..

sebab tak nak bagi aqif kacau kitorang makan, gi la belikan belon besar 5 henggat tu kan..aqif main pukul2 belon tu ngan en. adam, bising la jerit2..sekali pompuan itu pandang aqif cam nak telan..kebetulan plak wni tepandang dia..dia tekejut agaknya wni pandang dia..dia buat2 busy menggodek la laptop-kecik-dia-yang-canggih tu..

wni sajer jer la pandang dia lagi..kot2 dia nak tngk kitorang lagi..haloooo, orang skarang nak search internet tak payah bawak laptop-kecik-yang-canggih tu merata2..guna hp pun bole...

nak privacy gi makan kat hotel la, itupun kalau dapat privacy..ni makan kat kedai biasa2, ko harap semua orang makan dgn tertib??? wtf..

kalau camtu la perangai ko wahai perempuan, sampai tuo la ko dok godek laptop tu, sebab ko tak suka budak2 kan..kompem ko tak kan beranak punyer..huh~


kejadian 2..

pagi tadi tgh tekejar2 nak pegi kejer..sampai kat traffic light area rumah wni, nmpk sorang pompuan dgn anak perepuan dia yang tengah pakai baju sekolah tekial2 angkat moto..

rupanya moto dia kena langgar dari belakang ngan kereta AVANZA HIJAU..masa kitorang sampai situ tayar depan avanza tu betul2 tp moto pompuan tu..

yang buat kitorang rasa nak marah sangat, owner avanza tu tak turun tolong pun okeh..dia tngk jer dari dalam kereta..mintak maaf jauh sekali la kan..

dah la melayu, berumur plak tu..elok je laki bini dok dalam kereta tu macam tak bersalah lansung..kitorang plak yang hangin satu badan..

tak pikir ke kalau kejadian camtu jadi kat anak bini ko..huh~memang tak hotak betul la orang tu..apa la nak jadi ngan orang sekarang, tak de hati perut lansung..;(


Thursday, March 18, 2010

suprise..!!!

takde la suprise sngt kot..tajuk jer nak over..haha..

balik dari genting, tngk2 kakak wni dari penang dah sampai umah..yuhuuu..best la kan kumpul ramai2..tapi ari ni dorang dah balik, nak bawak anak2 dia bejalan ke tempat lain plak..iye la, budak cuti sekolah kan..

okeh, balik pada citer suprise..hehe..ampai umah kan aqif sambung tido..bangun2 je punya la excited ramai sepupu2 dia..seronok la ada kawan nak main, kalau tak main sorang2 jek..

pastu kitorang kuar dinner jap ngan PIL..balik2 tu ada la cupcakes atas meja..en. adam tekejut la, agaknya en. adam pun tak sangka la ada kek bagai kan..haha

tapi macam plan plak, elok kitorang nak tiup2 lilin, kakak wni pun balik (dia bawak anak2 jln gi jaya jusco) so tiup2 lilin la en. adam semalam..tapi aqif yang tiupkan..hehe

nasib baik la kakak wni ada kat umah, kalau tak, saper la nak abiskan cupcakes tu..;)
en. adam excited dapat cupcakes, lambang MU lagik tu uolss..;)

aqif la paling excited..dia makan cream atas cupcakes tu je..;p

aqif : ayah, epi birthday tau..beday aqif nnti ayah beli cupcakes manyak2 ek..aqif sayang ayah..ummuahhh



celebrate birthday en. adam..;)

hiii..ari ni dah kejer balik, cuti sehari je coz nak celebrate birthday hubby tecenta..ecehhh..;)

kitorang betolak naik genting smalam pun dah kul 10 kot.biasa la nak tunggu anak bujang bangun sendiri..mmg lambat la..so, kitorang decide jommmm kita kacau aqif tido..hehe

nasib baik la dia tak mengamuk kitorang kacau dia..siap bole gelak2 lagi..puas tido agaknya..;) ke aqif tgh mimpi dah main2 kat genting..hehe..

oooo tidak..ayah ngan umi dia kot excited telebih nak naik genting..opsss..

serius je 'birthday boy'..boy kah?? ..jom entry ni kita panggil en. adam 'birthday boy'..jangan marah sayang ek, sekali sekala gurau senda..haha
belum sampai genting lagi, aqif dah excited pakai sweater..;) nak gi main car kat sana dia kata..sibuk la dok sebut tu selagi tak sampai..

kena la pose dulu sebelum nak masuk dalam..baru sampai time ni..muka 'birthday boy' adalah sngt ceria sbb dapat celebrate birthday bersama anak dan isteri tercinta..*wink

ohhhh..wni pun kena pose jugak sblm meneruskan perjalanan..;) masa ni sejuk sangat rasa angin tiup..kesian plak tngk aqif pakai seluar pendek..;( bukan tak nak pakai kan seluar panjang, dia sendiri tak nak..nasib baik kitorang main indoor je dan nasib baik jugak ari panas, so takde la sejuk sngt dalam tu..;)

k.a.m.i ber-3..

dah beli tiket..yahuuuu..sebab gi time cuti sekolah, so harga adalah lain..rm30 seorang..kalau tak rm28 kot..orang rami la jugak..tapi nasib baik sampai awal, nak naik satu permainan tu takde la beratur panjang sngt..

isi perut kat pija hat dulu..sangat sakit ati ngan servis dorang..nyesal aku..kalau tau baik makan kat kahepci je..huh~
punya la belagak nya budak tu ambik order siap kunyah2 chewing gum, tak nak tulis, konon2 ingat..sekali antar air, salahhhhh..kannn...nak kena sekeh budak ni..
nasib baik yang antar air tu perempuan mengandung, so 'birthday boy' tak sampai ati nak marah2..kesian okeh, perempuan mengandung disuruh antar order..yang elok slim tak bawak perut tu ko suruh dok kat kaunter..vunguksss..
aqif kan sibuk nak naik car, skali masa dalam pija hat tu dia nampak la mainan car ni dari jauh..dah meronta2 nak naik..abis je makan terus terjah ni dulu..
wni sbnrnya tak konfiden la nak bagi dia naik sorang2..tak pernah cuba pun..sll nya kalau mainan camni, wni mesti teman..rasa cam bole ker? buat nya kereta tu tgh jalan dia meronta nak turun camner? huaaa serba salah betul..
kitorang cuba la pujuk ajak naik kuda la, mainan lain la..tapi dia nak jugak naik car..sekali cam takpe la, apa salahnya cuba kan..hehe..
masa mula2 naik tu..siap tngk2 belakang la, berdiri la..huissshh suspen betul aqif ni tau..
tapi..alhamdulillah..BERJAYA...dah besar anak bujang saya ni..**lap air mata..dah pandai main sorang2 pun..sampai la kereta tu berenti, elok je gelak2 dalam kereta tu..huh~ lega rasa..

pastu bagi naik kuda ni plak..dl pegi dia tak reti apa..umi ayah bagi naik apa pun redha je..skarang ni bukan main demand lagi..ikut citarasa dia plak..

ops..umi lagi excited nak tarik loceng tu dari aqif..haha~

ni aktiviti terakhir..sementara tunggu nak naik train ni, aqif punya la mengamuk..kitorang dah agak, ngantuk agaknya mamat ni..serba tak kena jadinya..sekali masuk dalam train tu..terus zzzzz..
'birthday boy' tepaksa la redha memangku anaknya bujang yang banyak ragam..ahak~

note : aqif tido sampai rumah..betul punya letih..tapi enjoy..thanx 'birthday boy' aka en. adam..;D


Wednesday, March 17, 2010

Happy Birthday My Dear Hubby~;p

**auto publish post

halooo..

agaknya masa post ni keluar kitorang dah menggedik kat genting..yuhuuu..en. adam request nak celebrate birthday kat genting tahun ni..wni ikut jek, mana2 pun bole..;)

en. adam nak bagi aqif main mainan kat indoor tu puas2..ni birthday aqif ke birthday en. adam? konfius jap..takpe la sementara tgh sorang ni kasik aqif manja puas2 dulu..hehe

nak wish....

HappY BiRthDAY eN. aDAM..muah..muahh
  • semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki.. (bole la aqif n wni tompang sekaki..muahahaha..)
  • moga apa yang dihajati selama ini jadi kenyataan..
  • moga en. adam sihat2 selalu
  • wanie & aqif love u forever...

Monday, March 15, 2010

tak pakai pampers lagi..;) 12.03.2010

naper..tak cayer ek??

betul..ni caya sendiri yang tak nak pakai..bukan umi caya yang paksa2..no no no..

hehehe..jimat la umi ko ni aqif kalau betul tak nak pakai pampers dah..**wink wink..

tapi sekarang ni kalau tido still pakai lagi la sbb aqif tak tau lagi nak control camne kan..dia sendiri yang tak nak pakai okehhh..bukan wni yang paksa..hihi..

masa ari jumaat la kat umah PIL..pas alek kejer kitorang terus gi umah PIL sbb aqif awal lagi dah pegi sana, sekali tngk tak mandi lagi..adoiyaiii..dah kul 7 lebih dah masa tu..puas en. adam pujuk2 baru la nak mandi..

dah settle bab mandi, nak bagi pakai pampers plak satu hal..sekali aqif cakap kat wni "tak payah la pakai pampers umi, pakai cuar (seluar) je la"..

huikss..wni pandang en. adam, en adam pandang wni..iye la, cam tak caya kan, tetiba je dia cakap camtu..sekali en. adam kata ok tak payah pakai, tp time nak tido kena bagi pakai jugak..hihi..

so, setiap 1/2 jam - 1 jam wni dok ulang la bawak aqif gi toilet..sukses sukses..dia kencing ngan jayanya..setakat ni tak de la TERkencing merata2 lagi..hihi..

chaiyok chaiyok anak umi mesti bole punya la..huhu..umi nya plak yang over kan..;p


selamat hari lahir abah..;p

SELAMAT HARI LAHIR ABAH YANG KE-65

  • semoga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki..

  • semoga abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik

  • moga abah sihat2 selalu..

  • kami semua sayang abah..muah muah


    **jangan sesiapa berani buli tokwan saya sbb saya cucu kesayangan tokwan..-aqif..


Wednesday, March 10, 2010

terjebak..;)

ni sume hamnee la ni, kan wni dah tejebak..haha..

ops, takde la, bukan sebab hamnee la, sebenarnya ari isnin time gi tapau lunch ngan kak faezah, kitorang nmpk la sorang budak pompuan ni pakai anak tudung camni..alahai comel nye kan..tapi simpan je la dalam hati..sekali kak faezah bersuara nak gi cari..huhu..sungguh memahami diriku..

kebetulan plak hamnee upload gambar dia pakai anak tudung ni kat dalam blog & fb..terus wni tegoda okeh..ahak~


kata kejer kat syurga tudungkan..turun je tangga opis tudung2 kat kedai tu dah melambai2..hehe..

berjaya la merembat 2 helai anak tudung dan 2 helai selendang utk masa depan..;)



Tuesday, March 2, 2010

penang : day 3: - nak balik dah..

sob..sob..sedih plak, dah nak balik...;(

en. adam, nnti bole pegi lagi tak? bole ek, ek..hehe ngengada..

macam first time plak dapat naik feri..haha..aqif punye la suka, dia tak cakap naik feri, tapi naik bot..haha..aqif nih..macam2 la..

i feel good...;)

ewah..ewah..tunjuk jam beli kat penang ek?? umi nye takde??


bergambar ngan abah saya..susah tau nak ambik gambar ngan abah nih..;)


en. adam, abah, aqif


aqif yang ngada2 kalau ngan tokwan..suker2 jer buli tokwan dia..;)


okeh, dah sampai dah..babai penang..hehe

salah timing la gi penang kali ni, bnyk kedai tutup..nasib baik kedai jeruk tak tutup..bole beli buat buah tangan utk kawan2..;)