Monday, August 30, 2010

mengisi masa lapang..

bulan-bulan puasa ni time lunch, nak pegi mana sngt la kan..tak larat la tiap-tiap hari nak ukur jalan tar tu..hehe

so, wni gi terjah kedai buku kat jalan tar ari tu cari buku untuk baca time lunch hour..

~amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi~
harap-harap buku ni dapat membantu la..mana tau ada perkara2 yang kita tak tau..insyaallah bole tambah ilmu..


bERBUKA @ is.tana bu.daya

semalam plan ngan member2 berbuka kat istana budaya..tiap tahun macam tempat wajib plak berbuka kat sini..

okey la rm32nett..mana nak cari kat kl ni..makanan macam2 plak tu..

wni dah mmg tak bole bngn dah..en. adam ambik je..wni makan..hehe

kawan-kawan yang sudi join kitorang semalam..okeh la ada dalam 13 orang sume..meriah uols..bukak balik citer sekolah rendah..dah macam reunion pun ada jugak..abis sume cerita kitorang bukak..;)

pas ni nak plan gi bercuti kat mana2 plak..tapi tnggu wni abis pantang dulu la yek..

tgh menunggu waktu berbuka..gosip2 dulu..hehe..
makan tak ingat dunia..ambik otak2 sampai tak lalu makan. bole? sampai dah naik muak..huhu~
last sekali mesti la en. adam tnggu kambingggg kan..wajib katanya kalau datang sini..
dah abis makan pun lepak2 lagi..banyak cerita dorang ni..yang bagus nya dorang bole plak ingat tu member2 la..nak harap wni tak la..yang betul2 rapat bole la ingat..
kitorang gerak pun dah dekat kul 10..pengsan~ dah la kekenyangan..
thanx ye uols sebab sudi join kitorang..thn depan kalau ada rezeki kita buat lagi..;p


Friday, August 27, 2010

kasut raya aqif..

kasut anak lagi mahal dari kasut mak bapak nye okeh..huhu~

takpe la, kasut mahal2 camni bole beli setahun sekali sajork, kalau beli setahun dua tiga kali bole bengkok umi ayah tau aqif..;)

nampak macam besar plak saiz kasut aqif ni kan..

jangan nnti dia tak nak pakai sudahhhh...mamat tu dah pandai memilih skarang nih..nak pakai semua ikut selera sendiri..

masa bagi aqif try kasut ni, bole plak dia tak nak bukak, nak pakai terus...haiyo!! anak sapa nih?? hehe

puas la pujuk, lepas dah bayar pun, kena sorok letak bawak stroller tak nak bagi dia nampak..

haha..

ari tu en. adam pun ada beli baju untuk aqif 2-3 pasang..tinggal nak belikan dia jeans je lagi..itu kena tunggu nanti, nak gi survey ari ni pun, selangor cuti la plak..confirm nak masuk kaki pun tak bole kat sogo tu..

yang lain alhamdulillah dah settle, tinggal nak tunggu raya je la nih..ahak~

raya sakan ke dengan perut memboyot nih? mintak2 la wni dah sihat sepenuhnya raya, bole makan sume..**wink wink

en. adam dah siap plan nak balik kampung umah opah raya nnti, nak request opah masak macam2 tapi nak guna nama wni..confirm opah buatkan sebab takut cucu menantu dia ni kempunan plak kan..amboi..amboi..amboi..tak sesuai tau uols..tapi ok jugak, bila lagi nak guna kesempatan yang ada..hehe..;)

emmm..tak sabar plak nak beraya kat umah opah..kitorang balik kampung pas semayang jumaat raya pertama tu la kot sebab tahun ni turn raya umah family wni dulu..;)



Tuesday, August 24, 2010

coti raya..

tiap tahun kalau nak cuti raya jek mesti la macam ni..huh~

bole hilang mood tau..bencik..

dah 3 thn ko cuti sebelum & selepas aku diam je..mengalah ngan ko tapi sbb tahun ni aku nak ambik sebelum & selepas

dannnn

ko plak tak bole nak cuti sebelum, sbb relief ko kena gi training, ko nak babitkan aku skali kan..

ko nak tahan aku sekali tak bagi cuti sebelum kan..hahaha tak dapat la..

aku dah pancing boss dulu, sblm aku inform ko..muahahah..

babai la & selamat bekerja okeh..

puas ati aku..sblm ni asyik ko, pastu ko, pastu ko lagi..tahun ni kasi la can kat aku plak..


Monday, August 23, 2010

weekend = penat..

ari sabtu operasi kemas2 bilik..siap vakum tukar cadar sume macam la esok dah nak raya kan..hehe

mula2 en. adam tolong pastu en. adam kena balik umah MIL plak, nak kena gi beli lauk sbb paksu en. adam nak berbuka kat umah (jgn tak caya, en. adam lagi terel pilih ikan & lauk mentah dari wni..hehe)

so tinggal la wni sensorang kemas2 apa yang termampu je..pastu lepak depan tv..penattt..

konon2 rasa hilang penat, sambung balik..akhirnya siap jugak..legaaa..tinggal nak tukar langsir raya je lagi..yahooo..;)

ari ahad pagi2 lagi (padahal tak la pagi sngt) en. adam dah kejut soh bangun, banyak hal nak kena settle katanya..sebagai isteri mithali kena la bangun kan walaupun bangun tido lambat di hujung minggu adalah best..huhu..

mula-mula kita kena terjah pegi bank dulu..abis sume bank kat melawati tu kitorang terjah (nampak sngt banyak hutang kan) muaahahhaa..

ok setel

pegi beli stok barang keperluan aqif..susu, mandian dan macam2 lagi..anak baru sorang tu, nnti tambah lagi sorang hujung tahun ni, insyaallah..bertambah lagi la belanjawan en. adam..;)

tapi tiap anak ada rezeki masing2 kan, so jangan pening2 kan kepala sekarang..ada rezeki untuk anak tu nnti..;)

pastu balik tngk aqif dah bangun tido ke belum sbb en. adam ajak gi klcc plak, nak setel kan problem ngan di.gi..malam semalam dah gi di.gi ctr kat jusco au2..tak bole setel kan problem kitorang kat situ plak, budak tu ckp kat klcc @ pavilion bole..okeh, en. adam ajak gi klcc je sbb dekat..rupanya kat klcc tu pun tak bole buat, kena gi pavilion jugak..konfiden sungguh kan budak di.gi ctr jj au2 tu..

bukan nak buat apa pun nak combine kan account di.gi yang dorang separate kan je..itu pun susah ke..haiyooo..

untuk mengubati kekecewaan (ewahhh), kecewa la sngt..kitorang gi beli kasut raya aqif kat i-setan..yehhhh, aqif dah ada kasut raya..

dah kena gi pavilion plak..dah la bulan puasa, mmg kena mintak kena sumpah je la dorang ni..nak pitam tau jalan jauh2 nih..sabar je la..ingatkan kat pavilion bole settle la..sekali nak kena terminate line tu dulu, bukak account baru. kalau free okeh la jugak, ni nak kena bayar lagi rm80..hohoho baik gi beli baju raya aqif..huh~

jawapannya babai je la, biarkan je account tu separate, lantak la..dah la salah dorang, kita nak kena bayar lagi plak..

kitorang mmg dah plan nak gi cari songkok & sampin aqif kat masjid india..tp disebabkan kejadian klcc & pavilion tu terpaksa kitorang balik dulu, sebab masing2 dah kepenatan sngt, nak kena rehat dulu, baru bole berjalan lagi..ahak~

dalam kul 6 kot baru kitorang kuar dari umah, singgah opis en. adam dulu sebab tau mesti orang tgh berebut2 nak berbuka kat masjid india..pas dah batalkan puasa kat opis en. adam baru la kitorang gi makan..

lepas makan baru la gi mencari2 barang..tak round sampai habis pun, separuh jalan je..kaki dah lenguh sangat lorrr..nak balikkk..

dapatla sambar baju raya wni (2 helai), songkok aqif, sampin aqif, kain pelekat utk ayah, telekung utk mama, opah & mak yang kat kampung..semuanya ditaja oleh en. adam..mekaseh en. adam..;) utk mak abah kitorang dah plan nak beli apa, tapi semalam tak sempat, jangan risau akan ada jugak hadiah utk mak abah raya nnti..;)

sampai je rumah terus pengsan..huhu..tapi tak bole tido lena sngt sbb rasa sakit2 plak badan ni..kaki tak payah cakap la..punya la kebas..betul punya sehari bejalan..

tapi berbaloi-baloi la, sbb dah setel barang2 raya, cuma tinggal nak cari sikit2 lagi barang utk aqif..;)


Friday, August 13, 2010

pelik..

preggy kali ni rasanya teringin makan yang pelik la. bukan la pelik sampai nak makan daging rusa plak kan. tapi pelik bagi diri wni la, teringin makan makanan yang wni tak makan sebelum ni.

bayangkan rasanya dah dekat 10 tahun kot tak makan durian, sampai bau pun tak bole. sebab bila bau je rasa nak muntah & otomatik sakit kepala tp kali ni tengok orang makan durian terus terasa-rasa kat tekak ni..

mula-mula cam takut jugak nak makan sebab takut muntah balik tapi cuba je la mana tau bole kan. sekali bole uols..

ADAKAH INI DINAMAKAN MENGIDAM??? hikss..

dan..orang yang paling gembira dah tentu la en. adam. hehe. en. adam kan hantu durian, sekali dapat wife tak makan durian, so tak best la layan sorang-sorang. tapi wni tak makan banyak pun, takut jugak sbb panaskan. makan utk lepaskan teringin je.

sebenarnya dulu wni mmg hantu durian. mmg satu family kalau jumpa durian, mesti lupa diri punya. punca yang bole wni tak sentuh durian tu sebab ada satu musim durian tu memang bantai makan kaw kaw punyala. sampai pening & muntah-muntah. terus tak bole makan dah..hehe. sampai la sekarang ni.

sampaikan aqif pun tak suka makan durian..hehe..frust je en. adam..tapi kali ni wni dah bole makan so en. adam senyum la sebab dah berjaya memujuk baby dalam perut makan durian sebelum lahir..hehe

dan semalam plak..

sebelum balik dah sms kat en. adam teringin plak nak makan masak lemak siput sedut. padahal sebelum ni mana reti makan pun.. en. adam kata takpe balik kang cari kat pasar juadah..yeyyy..;)

masa kat pasar juadah smalam tak nampak la pulak siput sedut, padahal gerai nak abis dah round ni. ada sikit kecewa la kan.. sekali lagi 2-3 gerai belah hujung tu elok je tengok ada abang tu tengah cedok lauk masak lemak siput sedut..yeh yeh rasa nak lompat je kat situ jugak.

tapi tak aci owh makcik yang jual lauk ni, kakak sebelum wni ambik banyak siput sedut tu rm3 je..wni ambik sikit pun dia kira rm3 jugak..huh~ kalau tau wni cedok je banyak-banyak tau..mencik. tapi takpe, nasib baik sodap. hehe

ntah apa plak la teringin nak makan ari ni ek. ni yang best puasa time pregnant ni, bole makan macam-macam..alhamdulillah, muntah-muntah pun dah takde. tapi takut jugak nak makan banyak2, rasanya semacam je tekak.

haish tak sabar plak nak gi pasar juadah lagi ptg ni..hik~


Thursday, August 5, 2010

cuba yang terbaik!! insyaallah

sejak preggy ni..balik je kejer mesti la dah penat kan..penat yang 2 kali ganda dari biasa..kadang2 nak angkat tangan pun tak berdaya..padahal pegi balik berambik..hurmm~

biasa la kalau dah sehari takde kat rumah, bila balik je, aqif mesti la nak perhatian..

macam-macam perangai dia buat..kalau wni tengah baring atas katil..dilompat2..

kalau wni baring depan tv, dia lari2 lepas tu lompat dari kusyen plak..

kadang2 tu rasa hilang sabar la jugak..dan tak berniat pun nak marah dia..tapi mungkin sebab badan pun dah penat sangat, sampai dah tak bole kawal..TERmarah jugak..

so nangis la anak bujang nih..

** sedih plak rasa hati..

rasa sedih bole terbawak sampai tido..sampai pegi kejer esok hari pun terasa bersalah lagi..bukan niat nak marah pun..mungkin dia nak perhatian kan..

MAAFKAN UMI SAYANG..;(

bukan umi tak cuba bersabar, tapi kadang2 tu tak bole kawal rasa marah tu..kalau en. adam ada kat umah, ada la jugak kawan dia nak main kan..tapi, en. adam pun banyak lagi hal nak kena settle kan..so wni pun tak bole nak nak manja lebih2 sngt..

sebab tu la kalau malam wni mmg tak bole lansung nak berpisah ngan aqif, lagi2 cam sekarang mmg dia nak tido ngan wni..bila wni nak masuk dalam bilik je, dia pegang tangan wni..aduh!! hati mana tak sedih kan..

terfikir jugak, nnti kalau aqif dah ada adik bole ke wni bagi perhatian kat aqif cam sekarang..risau la, takut dia rasa kurang perhatian kan..

umi ayah tetap sayang aqif tau walaupun aqif ada adik nnti..;)

umi ayah akan cuba buat apa saja yang terbaik utk aqif..insyaallah..


Wednesday, August 4, 2010

macheh en. adam..;p

tahun ni wni tak request apa-apa pun sempena birthday..sbb pikir la jugak dah la baru dapat hp baru..macam keji pulak nak mintak yang bukan2 kan..hehe

walaupun tau, en. adam akan usahakan jugak kalau wni request apa2..betul tak en. adam?? haha

tapi ntahla, rasanya nafsu nak membeli pun takde sejak preggy ni..pegi beli baju preggy pun, pilih-pilih, try pastu terus gi bayar..takde nya nak round2 lagi..

skali masa pegi mid valley tu en. adam nampak plak purse vulu-vulu nih..dia soh pilih, tapi dah kata takde nafsu kan (bukan tak sudi ekkkk...)..so, bila en. adam soh pilih pun..cam tak kisah la mana2 pun, janji en. adam bekenan..

so, ini la pilihan en. adam..i like..;p

en. adam cakap baru la dia puas ati at least ada belikan sesuatu sempena birthday wni..

lor, nape la tak cakap, kalau tau, i ajak masuk butik guess..(eh, tadi bukan cakap takde nafsu ker?)..hahaha..mmg dasar materialistik..

eleh, wni mintak2 pun hubby wni, bukan kat orang lain kan..ahak~

sekali sekala show off tak salah kot..;)



telur 1/2 masak satuuuu..

ewah..ewah..tokwan dia breakfast telur 1/2 masak, dia pun nak jugak..suka plak tu..siap cicah ngan roti lagi..

nasib baik dia tak mintak kopi mai secawan..haha

tapi aqif kalau makan tak beria2 la, makan sikit pastu tinggal..susah betul nak bagi dia makan..

sbb tu apa yang dia nak, kasi je makan sebab kalau nak paksa makan mmg tak la..

tapi alhamdulillah, kalau tido mmg kuat minum susu la..kadang2 bole sampai 3-4 botol..

Tuesday, August 3, 2010

peneman setia..;p

sepatutnya checkup ari selasa..tapi sbb ari jumaat tu dah ambik cuti, so kitorang plan gi ari jumaat je..bole la aqif & en. adam teman wni..hehe

tapi sbb aqif demam semalam, so wni & en. adam plan nak pegi bedua, kesian plak nak kacau dia tido..

skali elok je kitorang bangun, dia pun bangun sekali..badan still panas, tapi cam kesian plak nak tinggal dia kat umah, so hangkut la sekali..

aqif ni demam pun still aktif, kalau dah tak larat sngt tu yang tebaring je..so, tngk dia bole lompat2 lagi, tu yang bawak jugak tu..



so, checkup kali ni dah masuk 18 minggu..;)

berat dah 55kg ye..naik 2 kilo dari bulan lepas..hehe..

semuanya ok, scan baby pun nampak ok je..aqif punya la excited dapat tngk gambar baby..first time kan..hehe

gender baby still tak confirm lagi..susah plak nak nampak yang ni, kalau aqif dulu elok je nampak b'bird dia..

hehe..

tak kisah la boy/girl..janji sihat..


suprise yang tak menjadi..ngeh ngeh ngeh..;p

masa otw nak gi antar PIL g lcct, fasha (member kitorang) call en. adam, bagi tau dia nak bagi kek kat wni..konon2 suprise la, nak plan ngan en. adam..sekali wni ada dalam kereta skali..haha

kan dah kantoi!!!

i dengar okeh..haha..

so, malam tu kitorang gi la ambik kat umah fasha..;p

fasha pun terkejut sbb wni ikut sekali..

"eh, engkau pun ada?"

haha..

en. adam mana bole simpan rahsia dgn wni..terpaksa la bagi tau masa wni tanya saper yang call..ahak~

wni dapat kek & bunga..fasha baru bukak kedai bunga..alahai..sweet nya, siap ngan bunga lagi..;p

tq so much fasha, sedap sngt coklat kek & strawberry tu..



aqif yang mula2 tgh baring sbb tak larat..kan dia demam, terus bangun ingatkan ada lilin nak tiup..

sekali cari lilin tak jumpa la plak..kita potong je la ek..;)


alolo..cian aqif, nak senyum pun tak larat..

;)


demam rupanya..

alahai..cian la kat anak bujang nih..tengah umi ngan ayah nya sedap2 makan, rupanya anak bujang ni tgh menahan panas badan sebab nak demam rupanya..

patut la diam je masa kitorang makan..takde la banyak cerita cam selalu..elok je duduk diam..

en. adam pun cam heran la jugak kan tngk anak bujang ni..

dah nak balik baru perasan yang badan dia dah mula panas..patut la dok komplain kt wni cakap mata dia pedih..meleleh2 air mata..

ingatkan mata dia gatal ke apa kan..rupanya sbb badan dia panas dalam..itupun aqif bole tahan lagi..punya la tak nak umi & ayah dia tau yang dia tgh tahan nak demam..

bukan apa tu, dia takut makan ubat sebenarnya..haha

elok je masuk kereta, terus telelap..tak larat sangat la tu..sampai umah pun sambung tido lagi..alahai ciannya anak bujang ni..

ni demam tekejut sebab PIL tiba2 takde depan mata kot..

aqif kan cucu kesayangan..sanggup hari2 atok dia tepon dari london semata2 nak dengar suara cucu..

haha..


update : aqif dah sihat dah..alhamdulillah



Monday, August 2, 2010

celebrate birthday..;p

ari khamis & jumaat cuti yer..sbb tu la blog n fb tu cuti jugek..takde maknanya la skarang ni nak bukak laptop kt umah..

lain la kalau dah alang2 en. adam bukak tu, tumpang sekaki..

laptop kat umah tu tak bole la nak biar je dok atas meja, sbb anak bujang wni ni terlebih kreatif, buat nya tak perasan, mau tecabut plak satu huruf kang..haha..makanya, lepas pakai kena la tutup..;p

kata ari khamis tu birthday wni kan..so en. adam mmg dah plan awal2 nak cuti..;)

kebetulan plak nak kena antar PIL gi LCCT..dorang nak gi london, bercuti..dah dekat nak puasa nnti baru balik..;)

pas antar PIL kt LCCT, terus gi mid valley..kalau ikut kan rasa badan ni..sngt la tak larat nya..;) tapi dah en. adam beria2 nak blanja makan..tak kan la nak menolak kan..ku gagahi jua..

en. adam plan nak bawak aqif gi tngk wayang..first time okeh..tngk mood dia pun ok jek..skali, punya la ramai orang beratur nak beli tiket..terus cancel..

ntah pukul berapa la plak nak dapat tiket kan, silap-silap karang..aqif mengamuk plak..

terus la gi makan kat kenny rogers..mak buyung ni nak makan kenny rogers..en. adam turutkan ajer..hehe

tngk gambar ni baru perasan, sembap rupanya muka wni ari tu, patut la rasa tak larat sngt..apahal ntah, kejap rasa ok..jap lagi tak larat sngt..



sebelum balik bole plak aqif perasan mainan limapuluhsen nih..kena la bagi main kejap..kalau tak..sepanjang jalan kang dia mengamuk..rileks je budak sebelah tu tumpang sekaki kan..
lantak la budak2, tapi mak dia la tak reti bahasa, dah abis mainan tu bergerak..terus blah camtu je..ewah2..

tengok dari belakang, dah besar nampak anak bujang ni..tak payah bawak stroller dah..kalau dia lari pun tak risau sngt dah sbb dia tau tunggu kitorang yang tetinggal kat belakang..;)
tak tau nak nangis ke happy bila tngk anak bujang dah besar camnih..rasa tak puas je nak manja2 ngan dia..
hehehe..
apala wni ni..nak emo2 plak..;)












sekali sekala kena perli2 manja pun best jugak..;p

lagi2 kalau kena dengan en. adam..hehe


lorr..bukan perli2 yang menusuk2 tu la, perli yang penuh kasih sayang je..haha


"nak laptop i dah belikan"


"nak modem i dah sediakan"


"apa lagi u nak????"


"blog tak jugak update..asyik2 tajuk tu jeeee"




haha..lawak la en. adam nih..i bukan tak nak update la, tp malassss..


nak buat camne kan..bila ada idea, malas pulak nak bukak laptop..


bila dah depan laptop..malas plak nak transfer gambar..idea pun takde..


hmmmm..bukan salah i k..haha..